MENU

Laporan Festival Layang-Layang 2019

Pertandingan Layang-Layang Terbuka Kubang Pasu ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Kualiti & Pelancongan Majlis Perbandaran Kubang Pasu bersama Majlis Kebudayaan & Kesenian Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Komuniti Jebat Kubang Pasu. Penganjuran acara ini lebih bertujuan untuk memartabatkan permainan tradisi ini. Ia bukan lagi sekadar `permainan kampung,' lebih-lebih lagi dengan penyertaan peserta dari pelbagai latar belakang, termasuk golongan profesional.