MENU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada pelawat-pelawat Portal Web Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Portal MPKP. Ribuan terima kasih juga kepada pengunjung-pengunjung Portal MPKP, kami di MPKP sentiasa menerokai dan mencari idea-idea dan kaedah-kaedah baru untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan terbaik kepada seluruh komuniti di Kubang Pasu. Pengunjung-pengunjung Portal MPKP akan disajikan dengan paparan terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai organisasi MPKP.Kami di MPKP sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan dari pengunjung Portal ini bagi kami menjayakan visi organisasi dan merialisasikan pembangunan ICT dalam membentuk sebuah PBT yang mampu memberi kepuasan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak khususnya komuniti di Kubang Pasu. Bersesuaian dengan matlamat MPKP untuk menyebarkan maklumat mengenai organisasinya, ingin saya war-warkan mengenai e-Perkhidmatan yang disediakan didalam Portal ini yang bertujuan untuk memudahkan semua pelanggan terutamanya didalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, tepat dan berkesan.Selain itu, e-Perkhidmatan ini juga menyediakan kemudahan muat turun (download) semua borang yang berkenaan dengan perkhidmatan bagi melicinkan urusan pentadbiran dan selaras dengan usaha kerajaan bagi mengurangkan karenah birokrasi di agensi kerajaan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Portal ini secara berterusan.Terima kasih juga ditujukan kepada pengunjung-pengunjung yang sentiasa memberikan idea-idea bernas yang menjadi panduan untuk kami memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang sepertimana yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia

 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu:

YBhg. Dato' Haji Mohd Fisol Bin Md Noh,SDK.,AMK.,BCK.

 

 

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pelawat-pelawat portal Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Saya Doakan semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita semua. portal ini dibuka bagi menghebahkan dan memberitahu perihal gerak kerja warga MPKP sebagai tempat media, aduan, serta sebagai tempat hebahan kepada penduduk Daerah Kubang Pasu

 

FAIZAL ADLI BIN GHAZALI, BCK

SETIAUSAHA, MPKP