MENU

    

    

AHAD (12.1.2020)

KUBANG PASU - Bukit Kodiang di Mukim Pering, Kubang Pasu semakin terkenal kalangan penggiat sukan lasak dan rekreasi dari seluruh negara.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Dato' Mohd Fisol Md Noh, pihaknya kini sedang giat mempromosikan Bukit Kodiang sebagai salah satu tarikan pelancongan di daerah Kubang Pasu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendaki bukit berkenaan bersama pegawai dan kakitangan MPKP serta penghulu-penghulu daerah Kubang Pasu hari ini.

Keletihan mendaki bukit setinggi 140 meter ini pasti akan terubat apabila disajikan pemandangan yang indah apabila tiba di puncak.

Kini, antara kemudahan disediakan bagi memudahkan pendaki adalah kawasan letak kenderaan, kemudahan tangga keselamatan dan tali sepanjang 200 meter yang dipasang di lokasi-lokasi yang sesuai.

Kredit : Penghulu Kubang Pasu