MENU

       

       

 

AHAD (23 FEBRUARI 2020)

Kubang Pasu - Bermula 23 Februari 2020 jualan tapak untuk bazar ramadhan telah dibuka.
Sebanyak 10 kawasan yang menempatkan lebih dari 600 tapak bazar ramadhan. Antaranya Changloon, Sungai Korok, Air Hitam, Taman Suria, dan lain-lain.

 

Kaunter jualan dibuka pada jam 8.00 pagi yang akan beroperasi di Dewan Jitra dan di pejabat Majlis Perbandaran Kubang Pasu sehingga jualan borang habis. Harga tapak yang disediakan amat berpatutan.

 

Peniaga-peniaga juga dinasihatkan membawa dokumen-dokumen lengkap antaranya sijil pengendalian makanan, kad cucuk, kad pengenalan dan perkara-perkara yang berkaitan.