MENU

19 MAC 2020

Kubang Pasu - Setelah dua hari kerajaan telah laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di mana menghentikan segala perniagaan PASAR TANI, PASAR MALAM, KARNIVAL, EKSPO dan PASAR SEHARI.

Namun ada segelintir peniaga - peniaga yang masih mementingkan diri sendiri di mana tetap juga menjalankan perniagaan seperti biasa dan orang awam juga tidak mengendahkan arahan yang dikeluarkan bagi membendung wabak yang tersebar luas iaitu COVID19.

Pihak Berkuasa Tempatan serta Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas bagi mana - mana peniaga dan orang awam yang tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.