MENU

GUA KERBAU TRAIL RUN III

 

PENGENALAN
Program ‘Gua Kerbau Trail Run III 2019’ ini diadakan bagi mempromosikan dan menarik minat
masyarakat Malaysia terutamanya generasi muda untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti aktiviti
sukan dan kebudayaan di Daerah Kubang Pasu serta menikmati keindahan kawasan desa dan sawah
padi yang menenangkan. Terdapat beberapa pemandangan suasana desa yang indah dan cantik di
sepanjang jalan atau laluan mengelilingi Gua Kerbau serta kawasan sekitarnya.

 

PENCAPAIAN AKTIVITI
Melalui program yang diadakan ini dapatlah kita memperkenalkan Gua Kerbau, Kodiang kepada orang
ramai. Gua Kerbau, Kodiang adalah satu tempat rekreasi yang perlu perlu dibangunkan untuk
kegunaan orang awam sebagai tempat beriadah dan dapat menjana sosioekonomi pada masa akan
datang. Hasil daripada program ini dapat mencapai matlamat utama pihak penganjur iaitu
mempromosikan Gua Kerbau sebagai tempat pelancongan di daerah Kubang Pasu ini.

 

 

Borang dan syarat kemasukan sila berhubung dengan

Unit Pelancongan Majlis Perbandaran Kubang Pasu

Syarat Kemasukan