MENU

 

Keterangan Majlis 

Program Rapat Rakyat yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kubang Pasu bakal diadakan pada 19 April hingga 20 April 2019 bertempat di Dewan Jitra, Kedah Darulaman. Berkonsepkan “Public Engagement”, Program Rapat Rakyat dapat mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat melaui acara – acara yang dianjurkan, serta mendekatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

Program Rapat Rakyat ini akan dirasmikan oleh YB Sr Tan Kok Yew, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Kedah Darulaman.

Selain itu, Program Rapat Rakyat juga menjadi platform mencungkil bakat baharu dari kalangan penduduk tempatan dalam bidang kesukanan dan bidang nyanyian di samping pelbagai peluang yang akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada usahawan – usahawan muda tempatan dalam meningkatkan perkembangan perniagaan.

Program yang berlangsung semalam 2 hari ini akan dipenuhi dengan aktiviti – aktiviti sukan Sepak Raga, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Nasyid, Ceramah Majlis Ilmu, Pertandingan Mewarna Kanak – Kanak,Pertandingan Masakan Kerabu, Gubahan Buah dan Anugerah Tandas Paling Bersih milik PBT.

Selain aktiviti sukan dan nyanyian, Program Rapat Rakyat juga menyediakan pelbagai pameran agensi kerajaan dan swasta serta jualan dari pelbagai kluster. Pameran dan jualan dari pelbagai kluster tersebut diketengahkan dengan kerjasama agensi – agensi perbadanan kerajaan bagi memperkenalkan halatuju Pembangunan Negeri dan PBT kepada rakyat setempat dan menerapkan dasar baru Kerajaan Negeri kepada rakyat serta memperkenalkan skop perkhidmatan dan aktiviti jabatan – jabatan kerajaan dan swasta kepada rakyat.

Majlis Perbandaran Kubang Pasu menjemput semua penduduk seluruh Daerah Kubang Pasu untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Program Rapat Rakyat yang dianjurkan oleh MPKP.

Maklumat lanjut tentang Program Rapat Rakyat adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 19 – 20 April 2019 (2 Hari)
  • Masa  : 8:00 pagi – 11:00 malam
  • Tempat : Dewan Jitra, Kedah Darulaman

ATURCARA MAJLIS