MENU

18 MAC 2020

Kubang Pasu - Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah membuat pemantauan dari semasa ke semasa berkenaan pelaksanaan kawalan pergerakan dan penutupan pasar yang tertera di dalam notis yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kubang Pasu berkenaan isu COVID 19 yang semakin meningkat di negara kita. Seluruh kawasan daerah Kubang Pasu telah di edarkan notis pemberitahuan penutupan semua pasar-pasar yang terkandung dalam notis MPKP. Jika ada peniaga-peniaga yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan tindakan penguatkuasaan akan di kenakan kepada peniaga-peniaga tersebut.